~Dengung Hasrat Tersayat~

Friday, November 28, 2008

Dalam bimbang aku berdiri
Menyusun otot sendi-sendi kaki
Melawan sibak angin kebingungan
Mencari asal langkah kaki

Dalam bimbang aku tertatih
Menapaki bumi terpecah hancur melebur dalam emosi
Berlari mengejar pelangi yang datang setiap hujan
Mengais harapan sesaat

Dalam bimbang aku memohon
Mengharap tetes air dalam gurun pencipta
Bergerak terseok dalam bayang-bayang nestapa
Berangan bersayap terbang hilang menjauh

Dalam bimbang aku pasrah
Beradu kegelimangan dosa menyayat
Perih melontar rindu sahaja
Berharap semua kan berakhir
Beralih abadi dalam cinta Ilahi

0 comments:

Blognya Ria Dunia Ria | Tanks To Blogger